Assalamualaikum..
Tahun baru, buku baru..
1 Januari 2016
Buku lama ditutup, kita buka buku baru.
'Let bygone be bygone'
Semoga tahun baru ini kita semua lebih tabah.
Semoga tahun baru ini kita semua lebih kuat.
Semoga tahun baru ini kita semua lebih positif.
Semoga tahun baru ini kita semua lebih menghargai.
Manusia melakukan kesilapan, tapi itu bukan alasan untuk kita terus melakukan kesilapan.
Manusia yang sebenar, belajar dari kesilapan dan menjadi lebih baik.
Belajar untuk menghargai orang sekeliling, kerana apa yang kita ada sekarang tidak semestinya milik kita di masa akan datang.
Hargai selagi ada. Sayangi selagi ada.
Jangan sampai 'bila ada depan mata, kita sengaja menutup mata, tidak nampak. Tapi bila rahmat sudah diambil barulah kita nampak bayangan di mana-mana'.
Maafkan diri sendiri, dan maafkan orang lain, selebihnya itu urusan yang di atas.

No comments:
Post a Comment