Thursday, September 22, 2016
SAKIT
Lepas apa semua yang kita lalui, through up and down, good and bad, now everything in vain. Kau dah berubah! Kau pengkhianat! Kau penipu! Kau tipu perasaan aku! Kau tipu perasaan kau sendiri! Kau tipu orang lain! Sangat tidak bertanggungjawab! Why start if you dont have any intention to make it to the end?! After i give my 100%! Ini yang aku dapat? This is what i deserve? I have nothing left on me! Tahu tak? Tiada apa apa. Mudah lah bagi kau yang senang senang dapat penganti! Poff!! Dah ada orang lain yang ready! Aku ni? Apa aku nak buat? Apa aku nak jawab dengan kawan kawan aku? Apa aku nak jawab kepada my parent?! I share all about us to my family. Now what?! Jadi begini? Bertahan selama ni, i do everything to make sure we keep going on. But you? Give up? Yang konon katanya yakin dan redha? Redha without fighting? Itu kalah namanya! Loser! Yang terkandas aku! Yang sakit aku! Yang sakit! Menangis! Menderita! Aku! Not you! Sakit tahu tak? Berubah sedikit demi sedikit! "Nak jadi secool dulu" konon! No! I dont need that! I dont love that cool of you! I want you yang clingy! Share with me everything! Manja! Now? Sikit pun tak terjejas! Mana vow dulu?! Mana "youre my first" yang dulu?! Tiada kesan? Not even a bit?! Tak pernah menyesal pun kan? I will never forgive you. Sumpah sakit.
Tuesday, June 7, 2016
Takut.
Kita..
Takut dengan sesuatu.
Takut kepada yang tidak pasti.
Takut kepada masa yang akan datang.
Manusia..
Tidak takut akan gelap, tetapi takut apa adanya dalam gelap itu.
Takut akan kehilangan..
Takut akan penerimaan..
penerimaan tuhan kepada manusia.
Penerimaan manusia kepada manusia.
Kenyataan yang datangnya dari manusia.
Mencantas segala kuat dan usaha.
Bila mana 'tidak' itu dilafazkan.
Maka tamatlah cerita, habislah kisah.
Bila mana segala usaha telah diberi,
Segala cinta telah ditaburi,
Apabila 'tidak' datang menghampiri,
Hilang nafas menunggu mati.
Aku..
Takut akan kehilangan,
Takut akan sesuatu yang tidak pasti,
Takut untuk memberi,
Tingginya sebuah harapan.
Sedang mata-mata yang memerhati,
Cuba mematahkan dari segala segi,
Bagaimana harus aku lalui?
Seorang kerdil di hadapan puteri.
Ceritanya, apabila kita telah melakukan yang terbaik, memberikan segala yang termampu, mungkin tidak mencukupi, tapi itu adalah segalanya yang kita miliki. Bila mana usaha itu tidak memberi erti, masa yang dikongsi bersama sepertinya tiada apa apa, hanya datang sekadar menyentuh pintu hati, tanpa berniat untuk terus mewarnai. Bagaimana harus kita melalui hari hari yang akan tiba nanti? Hidup tanpa tujuan, kerana kita telah meletakkan mereka sebagai tujuan. Tetapi tujuan itu tidak kesampaian? Janji tidak bermakna lagi, sumpah sudah tidak bererti, di mana harus aku mencari kekuatan untuk terus berlari? Semoga tuhan terus merahmati. Memberi kekuatan kepada hati. Sumpah, kau ingin aku miliki.
Thursday, March 17, 2016
Little Thought of Me.
The thing is, ada seorang ni. Meninggal dunia, Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Even i dont know him, my timeline penuh dengan supportive tweet for him (ketika masih dalam keadaan kritikal), kesedihan, ramai yang berduka atas pemergian orang ni. my thought is,semasa dia ni hidup, mesti dia ni ramai kawan, peramah, baik, inspire others. Tiba tiba sebak rasa mahu menangis. Wonder, if my time come. Will i ever come cross to their mind? Takut. Kawan tak ramai. Banyak menyakitkan hati orang. Banyak buat salah. Banyak buat dosa. Takut aib dibuka oleh Allah swt. Not that kind of jelousy. Cumanya, hati rasa tersentuh baca tweet tweet tu. Well ofcourse mati itu pasti, tahu mati itu pasti pun sudah cukup menakutkan, tapi apa yang lebih menakutkan kita tidak tahu bila mati itu datang menjemput. Ketika kau berbuat baik kah? Atau ketika melakukan dosa? Ketika kau masih muda? Atau bila tiba hari tua? Adakah orang yang akan mengingati? Kebaikkan kita, ataupun keburukkan kita? Wonder what kind of words will come around. Maybe kejahatan semasa hidup yang akan terkeluar dari mulut orang. Takut! Semoga Allah melindungi/ menutup aib diri. Rasa telampau banyak melakukan dosa. Terfikir, macam mana cara kematian tu datang menjemput. Adakah orang orang yang selama ini ada di sekeliling akan terus memberi kekuatan? Mengingati? Memberi sedekah Al-Fatihah? Adakah anyone yang akan merindui my presence? Ya Allah, ketakutan yang amat luar biasa. Ada dalam hati. Tiada seorang pun yang tahu. Semoga Allah merahmati, melindungi dan mengampuni segala dosa. Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
If i die, dont cry, look at the sky, and say goodbye.
Sunday, March 13, 2016
Jendela Masa
Ada satu ketika,
Diri leka bersama perasan, satu demi satu memori manis datang menerjah kotak fikir. Mengimbas manis cinta yang dikongsi bersama.
Tiada ungkapan kata yang dilafazkan, tapi mereka tahu rasa itu ada.
Tiada bait indah yang diucapkan, tapi mereka tahu perasaan itu ada.
Sayang,
Andai jendela masa itu wujud, akan aku rentas untuk kembali ke masa lampau, di mana ketika itu aku masih punya kuasa untuk memilih.
Andai jendela masa itu wujud, akan aku putar semula ke masa lalu, melalui masa masa gembira dengan mu, akan aku putar detik itu berulang kali.
Masa masa yang tersisa bersama kamu merupakan masa masa bahagia buat aku. Detik adanya kamu ketika aku memerlukan bahu untuk berdiri. Detik adanya kamu ketika aku memerlukan cahaya dalam gelap.
Masa masa bersama kamu merupakan masa masa berharga bagi aku, mengenali kamu merupakan satu bentuk kebahagian, lebih dan kurangnya kamu, ketawa dan airmata kamu, itu adalah kebahagian buat aku.
Kebahagiaan yang selalu akan tersimpan dalam kotak hati.
Jendela waktu itu tidak wujud! Dan ia tidak akan pernah wujud. Memori itu akan aku abadikan dalam jiwa, menjadi penguat untuk aku terus melangkah, mengajar diri untuk menjadi gagah dan tabah.
Detik bersama kamu merupakan satu bentuk kebahagian yang indah!
Thursday, March 3, 2016
Aku soal, Aku jawab.
"Weh, kau sayang dia tak?"
"Gila tak sayang, mesti la sayang"
"Dah tu, kenapa boleh jadi macam ni?"
"Dia perempuan baik baik. Aku ni jahat, aku buat dia jadi jahat jugak. Aku taknak macam tu. Biarlah orang yang betul betul mampu, betul betul dapat bimbing dia yang selayaknya mendapatkan hati dia, cinta dia"
"Kenapa? Kau tak layak kah? Aku tengok kau baik je"
"Sebab Allah tak kasi kau lihat keburukkan aku, aib aku, kalau Allah kasi kau lihat segala cacat cela aku, nescaya kau pun tak akan berkawan dengan aku. Masa lampau aku gelap, tiada cahaya walau sekelumit pun"
"Tiada manusia yang tiada masa sisi gelap, everyone deserve a second chance!"
"Betul, tiada manusia yang tiada sisi gelap, tapi aku malu, malu dengan diri sendiri, malu dengan Allah. Biarlah dia bebas, aku tak mahu meletakan burung yang cantik di dalam sangkar, biarlah dia terbang. Terbang bebas mewarnai alam, tiada siapa yang patut memiliki dia, kecantikan ciptaan tuhan, ianya milik tuhan, kalau benar dia tertulis untuk aku, Dia tetap akan jadi milik aku. Ada sesuatu yang perlu kamu tahu; kalau dia memang bukan untuk aku, aku usaha mana sekalipun, berkorban apa sekali pun, dia tidak akan pernah menjadi millik aku, dan kalau dia adalah memang untuk aku, apa pun yang terjadi, halangan, aku lari, dia lari, dua hati ini pasti akan bertemu jua. Lebih baik aku lepaskan dia, biar Allah yang menjaga dan menentukan semuanya, perancangan Allah itu sentiasa tepat, sentiasa indah, tidak perlu disangkal"
"Aku akan sentiasa menyebut namanya di dalam doaku. Aku ceritakan segalanya kepada Dia. Segala kesedihan aku kongsi dengan Dia. Dia maha pendegar doa doa hambaNya"
"Boleh ke kau lupakan, teruskan hidup?"
"Mahu atau tidak, aku terpaksa belajar, terpaksa menelan pahitnya. Kena belajar ikhlaskan diri. Tidak semua yang baik baik itu bermula dengan baik, bermula dengan manis. Kadang kadang, keterpaksaan itu perlu ada, kerana dari keterpaksaan itu lah, kalau kita fahami dengan teliti, ikhlasnya lebih hebat. Kadang kadang dari keterpaksaan itu lah satu perasaan yang sangat manis timbul, sebab apa? Sebab dalam tempoh keterpaksaan itu, kau belajar untuk bersabar, kau belajar untuk mengikhlaskan diri, mengenal diri kau sendiri, mengenal tuhan, sesuatu yang kita lakukan dengan fahaman yang mendalam, tersiratnya lebih banyak, tawakalnya lebih hebat, istiqamahnya lebih ikhlas."
"Aku, sedang belajar menjaga hubunganku dengan Allah, kerana bila kita menjaga hubungan kita dengan Allah, In Sha Allah, Allah akan menjaga hubungan kita dengan yang lainya. Aku tidak mahu hilang kebergantungan kepda Allah. Aku tidak tahu apa yang akan aku lalui, apa yang bakal aku tempuhi, apa yang akan terjadi selepas ini, sebab itu aku meletakkan sepenuhnya kebergantunganku kepada Dia. Semoga Allah menjaga dia, memberikan yang terbaik untuk dia. Jaga hati dia agar dia tidak melupakan Penciptanya, sentiasa istiqamah dan di bawah lindungan rahmatnya"
Monday, February 29, 2016
PERASAAN
Perasaan tu, sesuatu benda yang halus. Tak kira bagaimana hebat sekalipun orang lain mentafsir perasaan tu, rahsia di dalam rahsia perasaan tu tidak akan pernah terzahir. Perasaan yang membelenggu hati, menjerut usus, membutakan mata, menumpulkan kotak fikir, empunya badan sahajalah yang memahami, yang mengetahui apa disebalik perasaan seorang yang namanya manusia yang mempunyai perasaan, memiliki hati. Isi sebenarnya tidak akan pernah terzahir, tidak akan sepenuhnya dapat dibaca oleh minda, di amati oleh mata.
Penat, sangat penat bermain dengan perasaan, bila ingin meluahkan, mahukan sesuatu, tetapi ada satu benda, tenaga yang menghalang, membantut keinginan, menolak dengan keras segala aura memberontak, menongkah tenaga yang mahu bebas, yang mengalir dari saraf, membelengu perasaan.
Bila mana keinginan untuk melontar kata membuak-buak, tapi tidak terdaya.
Bila mana keinginan untuk meluah perasaan sangat kuat, tapi tidak kesampaian.
Bila mana keinginan untuk berterus terang sangat hebat, tapi keinginan sahaja tidak cukup tanpa keberanian. Perasaan yang sangat menyeksa jiwa.
Sebagai manusia, kehadiran elemen pelik ini tidak pernah salah, sudah menjadi sifat manusia, ingin mencari, mendapatkan sesuatu yang menenangkan. Sifat ingin mengetahui, mencari sinar itu ada dalam diri semua manusia. Setiap yang namanya manusia itu takut akan sesuatu, pernah menyayangi sesuatu dan pernah kehilangan sesuatu dalam hidup mereka. Takut untuk mengulangi, takut untuk mencintai, takut untuk jujur dengan diri sendiri. Hilang orang yang disayangi, hilang diri sendiri, hilang cinta ilahi.
Perasaan. Satu benda yang kita tidak pernah lihat dengan mata kepala, tidak pernah bersua muka, tidak pernah menjelma. Tapi, ianya wujud, kehadirannya dirasai, kehangatannya diakui. Mempermainkan akal fikir normal manusia, mengawal segala dari sisi gelap.
Semoga tuhan permudahkan semuanya selepas ini.
Thursday, February 18, 2016
Siapa kamu untuk menghukum?
Tidak semua orang itu dilahirkan berkemampuan. Bahkan ada yang dilahirkan di jalanan, kotak, tandas dan sebagainya. Maka wujud lah golongan yang kamu anggap kotor, tidak bersih, tidak sah dan sebagainya. Cuma kerana kesalahan orang lain, membuatkan mereka wujud di dunia ini.Siapa kamu untuk menghukum?
Kerana kurang kasih sayang dan bimbingan, mereka ini hidup di laluan yang salah, terpesong, gelap dan gelita tanpa cahaya, kamu salahkan mereka, kenapa tidak memberi bimbingan? Memberi kasih? berkongsi sayang? Anak kotor! anak jalanan! Siapa kamu untuk menghukum?
Dosa itu tidak diwarisi, ia adalah hak milik peribadi, walau jahat mana sekalipun yang membawa golongan ini ke dunia, dosa dan kejahatan itu tidak diturunkan kepada si anak. Mereka dilahirkan suci dari segala noda, bersih dari segala dosa, kenapa perlu menunding jari mengatakan mereka kotor? keturunan malapetaka? Siapa kamu untuk menghukum?
Kau manusia, dia manusia, hamba tuhan, mencari keredahan-Nya, sampai masa, kembali ke tanah, apa bezanya kau dengan mereka? berkongsi tuhan berkongsi kepercayaan, Kenapa tidak berkongsi kasih? kenapa tidak berkongsi rasa? Kenapa perlu membongkak diri? Adakah kau merasa cukup hebat dibandingkan dengan mereka? Bukankah kau yang sepatutnya membela nasib mereka? Memperjuangkan hak mereka? Kau mengatakan mereka kotor dengan kekotoran hati kamu, dan angkuh mengkui kau sangat baik? Siapa kamu untuk menghukum?
Kamu tidak pernah merasa penat lelahnya menjalani kehidupan mereka, mengemis kasih mengemis sayang, untuk meneruskan kelangsungan hidup, mana simpati? Haiwan yang hidup di jasad manusia! Hati busuk! tokak bernanah! Siapa kamu untuk menghukum?
Kerana kurang kasih sayang dan bimbingan, mereka ini hidup di laluan yang salah, terpesong, gelap dan gelita tanpa cahaya, kamu salahkan mereka, kenapa tidak memberi bimbingan? Memberi kasih? berkongsi sayang? Anak kotor! anak jalanan! Siapa kamu untuk menghukum?
Dosa itu tidak diwarisi, ia adalah hak milik peribadi, walau jahat mana sekalipun yang membawa golongan ini ke dunia, dosa dan kejahatan itu tidak diturunkan kepada si anak. Mereka dilahirkan suci dari segala noda, bersih dari segala dosa, kenapa perlu menunding jari mengatakan mereka kotor? keturunan malapetaka? Siapa kamu untuk menghukum?
Kau manusia, dia manusia, hamba tuhan, mencari keredahan-Nya, sampai masa, kembali ke tanah, apa bezanya kau dengan mereka? berkongsi tuhan berkongsi kepercayaan, Kenapa tidak berkongsi kasih? kenapa tidak berkongsi rasa? Kenapa perlu membongkak diri? Adakah kau merasa cukup hebat dibandingkan dengan mereka? Bukankah kau yang sepatutnya membela nasib mereka? Memperjuangkan hak mereka? Kau mengatakan mereka kotor dengan kekotoran hati kamu, dan angkuh mengkui kau sangat baik? Siapa kamu untuk menghukum?
Kamu tidak pernah merasa penat lelahnya menjalani kehidupan mereka, mengemis kasih mengemis sayang, untuk meneruskan kelangsungan hidup, mana simpati? Haiwan yang hidup di jasad manusia! Hati busuk! tokak bernanah! Siapa kamu untuk menghukum?
Monday, February 1, 2016
Friday, January 29, 2016
BIG FUCKING NOTHING
WE ARE JUST STARTING.
BUT I DON'T SEE WHERE WE ARE GOING.
I DON'T EVEN KNOW WHAT YOUR HEART SAYING,
DO I EVEN MEAN SOMETHING?
OR A BIG FUCKING NOTHING?
I SEE MY SELF SUFFERING.
LIGHT OFF, HEART DOWN,
HOW SHOULD I MOVE ON?
WITH ALL THE LOVE THAT I CANT COUNT
DID YOU JUST SEE ME AS A CARTOON?
HOW CAN I CARRY ON?
YOU FUCKING MORON.
LET MY HEART SCREAM,
TO SHOW YOU HOW MAD I AM,
LET THE TEARS STREAM,
TO SHOW YOU HOW HURT I AM.
JUST DON'T CALL MY FUCKING NAME.
YOU THROAT DON'T EVEN DESERVE MY TIME.
I AM GOING THROUGH ALL THIS,
WITH ALL THE BULLSHIT AND RUBBISH,
STAY OUT AND WATCH ME PERISH,
THAT WILL BE MY LAST WISH,
THANKS GIRL FOR ALL THIS.
FOR ALL THE TRASH AND ANGUISH.
Saturday, January 23, 2016
OH MALAYSIAKU: DEMOKRASI SUDA MATI
|NUKILAN INI ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK BLOG|
OH MALSYSIAKU: DEMOKRASI SUDA MATI
Malaysia, sebuah negara yang demokrasinya sudah mati, hak untuk bersuaranya sudah tidak wujud. Bahkan, akta hasutan yang selama ini tidak pernah ada, untuk menutup suara-suara kecil dari marhaen daripada mencemuh si pemerintah durjana diwujudkan. Pemimpin Malaysia, selicik-licik pemimpin yang pernah wujud, menggunakan kuasanya untuk kepentingan diri sendiri, sanggup menggunakan segala macam cara untuk melindungi dirinya daripada dijatuhkan, dan untuk terus kekal berada di atas. Matlamat menghalalkan cara, itulah mungkin yang menjadi pegangan yang kononnya mengaku bahawa dia adalah sebagai pemimpin "AMANAH DARIPADA TUHAN", tetapi cara yang digunakan terpesong sangat jauh dari dasar kepimpinan islam. Menggunakan Ketua Polis Negara sebagai benteng utuhnya melindungi diri dari setiap perbuatan celaka yang dilakukan. "TUHAN MALAYSIA" no one can kill GOD!
Setiap titis keringat para marhaen akan dieksploitasi dengan seratus dua puluh percent, bermacam jenis bentuk wadah yang dicanangkan yang kononya untuk membantu rakyat, namun ianya adalah untuk membuka laluan kepada pemimpin songong ini untuk terus mengeksploitasi rakyatnya semaksima yang boleh. Apa dia fikir rakatnya bodoh? sebodoh lembu-lembunya yang menyokong kepimpinan beliau? Lembu yang dimaksudkan adalah si Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Lembu yang bodoh inilah yang banyak menyusahkan rakyat untuk membantu misi jahat ketuanya, menonjolkan dirinya dengan kebodohan yang tidak berhenti, seperti layaknya dia menjadi Timbalan Menteri di Pejabat Perdana Menter.
Apa mereka fikir rakyat itu bodoh? sebab itulah pentingnya pendidikan kepada golongan bawahan ini, pendidikanlah yang akan membuka kotak fikir kepada mereka yang ingin berfikir. Melihat dunia dari konteks lensa yang lebih besar. Jika dipermudahkan cara, mungkin golongan yang kita gelar orang kampung, yang masih suci hatinya, masih kurang pendedahan mengenai dunia luar tidak mampu menilai siapakah yang betul siapakah yang salah. Dalam kehidupan serba daif, diberi sedikit, akur dan patuh. Sebab apa? Kurangnya pendedahan dengan apa sebenarnya yang berlaku di dunia luar, bagaimana si pemimpin membelit rakyat tanpa sedikit belas kasihan pada riak wajah mereka.
Perdana Menteri kita sebenarnya PANDAI, PANDAI dalam MELAKUKAN RENCANA JAHAT untuk kepentigan diri, kepandaiannya adalah kelas pertama, sangat kreatif dalam merencana masalah yang ditanggung oleh rakyat, kita seperti MENDUKUNG BIAWAK HIDUP, bersusah payah melakukan pekerjaan yang sangat menyusahkan diri, semata-mata untuk memenuhi kehendak buas si pemerintah. Di mana demokrasi? Memberontak sikit, masuk balai, turun jalan, masuk balai, mempertahankan diri daripada dibunuh perompak, penjara/hukum gantung, JPA ditahan, MARA ditutup (walhal ianya adalah untuk pendidikan), dengan isu GST yang membebankan rakyat, TPPA, Mahasiswa Manja, Kenaikan harga minyak, tol, Kebodohan apa yang sedang dialami oleh rakyat Malaysia sekarang ni?
You're slowly but definitely killing us pak menteri.
إِنَّهَا سَتَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ يَكْذِبُونَ وَيَظْلِمُونَ فَمَنْ دَخَلَ عَلَيْهِمْ فَصَدَّقَهُمْ بِكِذْبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ وَلَيْسَ بِوَارِدٍ عَلَيَّ الْحَوْضَ وَمَنْ لَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَيُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَهُوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ وَهُوَ وَارِدٌ عَلَيَّ الْحَوْضَ
“Sesungguhnya akan ada setelahku para pemimpin yang berbuat kedustaan dan kezhaliman. Barangsiapa mendatangi mereka kemudian membenarkan kebohongan mereka, atau membantu mereka dalam kezhalimannya, maka ia bukan golonganku dan aku bukan golongannya. Serta ia tidak akan minum dari telagaku. Dan barangsiapa tidak membenarkan kebohongan mereka dan tidak membantu mereka dalam berbuat shalim, maka ia adalah golonganku dan aku adalah golongannya. Dan kelak ia akan minum dari telagaku.” [HR. Ahmad].
إِنَّمَا أَخَافُ عَلَى أُمَّتِي الْأَئِمَّةَ الْمُضِلِّينَ
“Sesungguhnya yang aku takutkan atas umatku adalah (berkuasanya) para pemimpin yang menyesatkan.” (HR. Abu Dawud, al-Tirmidzi, Ahmad, dan al-Darimi)
Umat Islam tak boleh diam, bagi mereka yang memiliki kemampuan maka selayaknya ia menggunakan kemampuannya dalam merubah kemunkaran, baik itu dengan tangan ataupun lisan.
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ . رواه مسلم
“ Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah ia merubahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu maka dengan lidahnya, jika tidak mampu maka dengan hatinya dan itulah (dengan hati) selemah-lemah iman “ (HR.Muslim).
Apabila dalam kondisi lemah, tentu hanya kepada Allah kaum Muslim berharap, yakni dengan memanjatkan doa. Semoga dengan doa rakyat yang terzalimi menjadi senjata agar Allah melindungi hambanya dari penguasa zalim.
اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ، وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، كُنْ لِي جَاراً مِنْ فُلاَنِ بْنِ فُلاَنٍ، وَأَحْزَابِهِ مِنْ خَلاَئِقِكَ، أَنْ يَفْرُطَ عَلَيَّ أَحَدٌ مِنْهُمْ أَوْ يَطْغَى، عَزَّ جَارُكَ، وَجَلَّ ثَنَاؤُكَ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ.
“Ya Allah, Tuhan langit dan bumi, Tuhan ‘Arasy yang agung, jadilah pendampingku dari fulan bin fulan dan kelompoknya dari makhluk-Mu, (agar) tidak ada seorangpun dari mereka berlaku sewenang-wenang terhadapku atau melampaui batas, pembelaan-Mu amatlah besar, pujian terhadap-Mu amatlah agung, dan tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau“. (HR Bukhari dalam Adab Al Mufrad, no. 707)
Dalam riwayat yang lain:
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَعَزُّ مِنْ خَلْقِهِ جَمِيْعاً، ألله أَعَزَّ مِمَّا أَخَافُ وَأَحْذَرُ، أَعُوْذُ بِاللهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ، الْمُمْسِكِ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ أَنْ يَقَعْنَ عَلَى اْلأَرْضِ إِلاَّ بِإِذْنِهِ، مِنْ شَرِّ عَبْدِكَ فُلاَنٍ، وَجُنُوْدِهِ وَأَتْبَاعِهِ وَأَشْيَاعِهِ، مِنَ الْجِنِّ وَاْلإِنْسِ، اللَّهُمَّ كُنْ لِيْ جَاراً مِـنْ شَرِّهِمْ، جَلَّ ثَنَاؤُكَ وَعَزَّ جَارُكَ، وَتَبَارَكَ اسْمُكَ، وَلاَ إِلَهَ غَيْرُكَ (ثلاث مرات).
“Allah Maha besar, Allah lebih mulia dari seluruh makhluk-Nya, Allah lebih mulia dari apa yang aku takuti, aku berindung kepada Allah yang tiada Tuhan yang berhak disembah selain Dia, Yang mengendalikan tujuh langit hingga tidak runtuh ke bumi kecuali denga izin-Nya dari kejahatan hamba-Mu fulan dan bala tentaranya serta pendukung-pendukungnya dari golongan jin dan manusia. Ya Allah, jadilah pendampingku terjauhkan dari keburukan mereka, pujian terhadap-Mu amatlah agung, perlindungan-Mu amatlah besar, Maha suci nama-Mu dan tiada Tuhan yang berhak disembah selain diri-Mu“.(HR Bukhori dan Al Adabul Mufrod, no. 708). Wallahu a’lam.
Sumber : http://panjimas.com
Friday, January 22, 2016
JUWITA BUKAN PERMATA
Lama suda aku kembara,
mencari dia si Juwita,
entah bila akan bersua,
bertemu dan bertentang mata.
Bila ketemu lupa semua,
sungguh indahnya fatamorgana,
akidah agama terjual semua,
hilang akal hilang minda,
Indah Juwita cuma seketika,
memberi madu memesongkan jiwa,
lalu tuhan menjadi murka,
memberi hidayah menyelamatkan hamba,
Hati dulu pernah parah,
hancur pecah berkecai patah,
terasa diri begitu lemah,
dipendam dalam menjadi barah.
Pemilik hati suda pasrah,
mengejar Juwita tersungkur rebah,
menangis mengadu di atas sejadah,
mendidik diri menjalankan amanah,
Lalu tuhan memperkenankan doa,
pucuk dicita ulam yang tiba,
rupanya Juwita bukan permata,
digantikan dengan bidadari syurga,
Usah mengejar cinta manusia,
yang sementara penuh dusta,
kejarlah cinta yang maha esa,
bahagia di dunia dan di akhirat sana.
mencari dia si Juwita,
entah bila akan bersua,
bertemu dan bertentang mata.
Bila ketemu lupa semua,
sungguh indahnya fatamorgana,
akidah agama terjual semua,
hilang akal hilang minda,
Indah Juwita cuma seketika,
memberi madu memesongkan jiwa,
lalu tuhan menjadi murka,
memberi hidayah menyelamatkan hamba,
Hati dulu pernah parah,
hancur pecah berkecai patah,
terasa diri begitu lemah,
dipendam dalam menjadi barah.
Pemilik hati suda pasrah,
mengejar Juwita tersungkur rebah,
menangis mengadu di atas sejadah,
mendidik diri menjalankan amanah,
Lalu tuhan memperkenankan doa,
pucuk dicita ulam yang tiba,
rupanya Juwita bukan permata,
digantikan dengan bidadari syurga,
Usah mengejar cinta manusia,
yang sementara penuh dusta,
kejarlah cinta yang maha esa,
bahagia di dunia dan di akhirat sana.
Monday, January 18, 2016
TOLONG BACA: Uncle Yang Tabah Hatinya
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Assalamualaikum WBT.
Post kali ni lain daripada post yang lain. Hari ni saya mahu menceritakan tentang seorang uncle, yang saya jumpa di terminal bas (18.01.2016) -11.30 tengahari-
Nama uncle tersebut saya tak ingat. Tapi dia lahir pada tahun merdeka. Ya, 1957. Berbangsa cina.
Ketika saya sampai di terminal bas, melepaskan lelah, membakar sebatang rokok, uncle tu tiba tiba datang ke tempat saya dan meminta sebatang rokok. Sangap mungkin. Berpakaian lusuh. Saya pun bagi lah sebatang, uncle ni merokok sebelah saya.
Sedang asyik menikmati rokok, maka dia mula bercerita.
Katanya, dia berasal dari Pulau Pinang, dia menghulurkan IC untuk saya lihat, saya lupa namanya kerana agak sukar untuk mengingati nama cinanya. Datang dari Georgetown.
Uncle tu sangat peramah, dia tanya saya dari mana, saya pun bagitahulah, dari Sabah, study dekat Johor. Uncle tu pun kata "orang Sabah memang peramah, baik-baik". Yeayyy! 😬😬
Uncle tu pun sambung cerita, dia dah sepuluh hari berada di Bandaraya Kuala Lumpur, dia datang ke KL dan menumpang sewa di satu tempat yang katanya tempat 'backpackers' menyewa. Rm25 satu malam. Dia menyewa selama seminggu, (seminggu sahaja okey) lepas seminggu dia tumpangkan barang dia dekat loker somewhere mana saya kurang pasti (tidak ingat). Dan dia sudah dua hari tidur dekat terminal bas ni. (Terminal bersepadu selatan). Sambil menyeluk sakunya dan mengeluarkan berus gigi&ubat gigi dalam plastik kecil dan sabun mandi berbalut tisu sahaja.
Katanya, tiada seorang pun yang ingin mengmbilnya kerja. Sudah seminggu lebih berusaha namun tidak mendapat. Dia tidak diterima kerana faktor umurnya.
Tapi, siapa lagi yang boleh mencari nafkah untuk keluarganya? (Mempunyai seorang isteri yang sakit dekat Pulau Pinang(kurang pasti sakit apa) dan tiga orang anak, yang sulungnya baru berumur 15 tahun).
Uncle tu sambung lagi, dia datang ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki lebih lebih lagi Tahun Baru Cina sudah hampir, banyak kos yang diperlukan, uncle tu kata dia taknak family dia susah, sedih, sebab tu dia usaha untuk mencari kerja, mungkin untuk mengembirakan familinya Tahun Baru Cina ini, firasat.
Uncle tu sambung lagi, dulu dia berkerja sebagai mekanik, suda lebih 40tahun berkecimpung dalam dunia mekanik. Uncle tu juga memberitahu saya berapa amaun yang ada dalam simpananya dulu (dirahsiakan) sebelum dia kemalangan. Ya, dia kemalangan, perlu menjalani pembedahan dan semestinya memakan kos yang banyak. Termasuk kos untuk sakit isterinya. Uncle tu kata, dia memang sangat perlukan kerja sekarang. Untuk mencari duit, untuk keluarganya.
Uncle tu mengeluarkan dompetnya dan menunjukkanya kepada saya. Ya Allah!! Ya Rabb!! Rabak mata, rabak hati, uncle tu hanya ada rm3 sahaja dalam dompetnya. RM3 SAHAJA. Sakitnya hati Ya Allah, sakit sebab tidak mampu untuk menolong, sakit sebab tidak mampu buat apa apa. Saya pada masa tu pun tidak mempunyai duit yang banyak. Bagaimana dia nak makan? Meneruskan kelangsungan hidup di Kota Kuala Lumpur ni dengan Rm3 sahaja?? Hati dah sebak ni.
Uncle tu sambung lagi, setiap hari dia berdoa, "tuhan tolong la saya, bantu lah saya dan keluarga saya" ayat tu dia ulang tiga kali. Uncle tu menangis. Sumpah! Rabak hati tengok. Uncle tu cerita, dulu ketika dia masih kerja, dia selalu bantu orang orang susah di taman perumahanya(Pulau Pinang). Setiap kali tibanya Tahun Baru Cina, beratus orang susah akan dia tolong dekat perumahan tu. Dia akan bagi baju baru, beras, angpau dan sebagainya. Setiap tahun.
Hati fragile sangat tidak tahan, untuk membendung airmata, saya minta diri untuk jalan dulu(saya tengah mengejar flight balik ke Sabah).
Saya mintak maaf kepada uncle tersebut, tapi saya sudah berjanji untuk tolong apa-apa yang patut, saya tiada wang ataupun kenalan orang orang besar untuk mendapatkan bantuan untuk uncle ni, saya hanya ada media sosial, untuk menyebarkan cerita mengenai uncle ni. Ya saya sudah berjanji. Semoga dengan usaha ni, ada mereka yang terbaca dan mampu menolong uncle ni. Share this story! Spread the love! Dont stop the positive vibe. The power of media.
Sebelum saya jalan, saya mintak maaf dengan uncle tu, dia peluk saya, dan cakap, tidak mengapa. Tuhan saya ada. Dia akan bantu saya. Saya pun berlalu pergi, membeli tiket transit KLIA2, rm38.60. Saya hulur rm50(satu satunya keping not yang ada pada tangan ketika itu), berbaki rm 11.40, saya teringat uncle tu, dalam hati "biarlah tak makan hari ni, dekat Sabah nanti boleh makan puas puas". Saya tinggalkan bagasi, minta tolong akak yang jaga kounter tu tolong jaga sekejap. Saya berlari naik tangga, untuk bagi baki wang tu, walaupun sedikit, itu sahaja yang termampu.
Tapi sayang, hasrat tidak kesampaian, uncle tu dah hilang!! Saya cuba mencari tetapi tidak berjaya, disebabkan mengejar flight, saya terpaksa batalkan niat untuk menyambung mencari uncle ni. Maaf uncle!!! 😢😢
Saya sudah berjanji untuk tolong uncle apa yang boleh. Semoga orang lain juga akan bantu saya untuk menyebarkan cerita ni dan menolong uncle! God bless you!!
Saya lupa nak tangkap gambar IC uncle tersebut. Yang saya ada untuk menghubungi uncle tersebut hanyalah nombor fon uncle tersebut.
Semoga ada orang yang sudi menolong uncle, semoga Allah menolong uncle.
*kesahsihan cerita ini saya tidak dapat pastikan, manusia, tapi saya yakin uncle ni jujur.
**cerita mungkin berlainan sedikit sebab diolah oleh saya sendiri.
***tiada penambahan fakta, mungkin kesilapan kecil yang saya terlepas pandang, tidak ingat.
Thursday, January 14, 2016
Dulu dan Hari ini.
Dulu,
Diri ini lah yang setiap harinya masuk ke bilik disiplin kerana kes.
Diri ini lah yang hampir setiap minggu dipanggil ke depan perhimpunan untuk disebat.
Diri ini lah yang berlagak samseng, bagai semuanya milik dia.
Diri ini lah yang sangat jauh hanyut dari jalan Allah.
Diri ini lah yang sangat pantang dicabar kerana darah muda.
Diri ini lah yang sentiasa melawan guru, membuli si adik baru belajar mengenal dunia.
Diri ini lah yang mensia-siakan peluang belajar ilmu Allah.
Sekolah agama tidak menjadikan pelajarnya memahami agama.
Sekolah sama sekali tidak bersalah, yang salahnya adalah isi kepada sekolah tersebut.
Keras hati untuk mengenal Allah, gelap hati untuk mengenal agama, gelap hati untuk menuai ilmu ilmu akhirat.
Tapi Allah masih sayang.
Hari ini,
Masih berdiri di hadapan para manusia, tetapi sebagai pemimpin, walaupun dalam kelompok yang kecil.
Sedang mengenal diri, mengenal Allah sedikit demi sedikit.
Mencari ilmu di perantauan. Hidup yang penuh cabaran dan dugaan untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Kehebatan dulu ternyata tidak memberikan apa apa kelebihan kepada diri ini.
Tapi Alhamdulillah ia memberikan seribu pengajaran yang sangat kuat.
Pengalaman mendewasakan, walaupun ia pengalaman pahit, pengalaman pahit itu yang memberikan diri ini makna untuk hidup sebenar.
Hidayah Allah, mungkin kerana hanyut lebih awal, menyebabkan sedar lebih awal.
Walau teruk macam mana pun diri ini dulu, kita sentiasa boleh mula dengan kosong.
Mungkin bukan pada mata manusia, yang hanya tahu menilai tanpa memahami, menghakimi tanpa menyelami.
Mereka tidak pernah berada di tempat kita, bahkan tiada siapa pun yang pernah berada di tempat kita, memahami situasi kita, apa yang kita alami, apa yang kita rasa. Itu rahsia kita dengan Sang Pencipta.
Pada sisi Allah kita sentiasa boleh bermula dengan kosong, tidak pernah terlambat.
Dia lah yang Maha Memahami, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui di atas segala sesuatu yang terjadi.
Dia lah yang Maha Pengampun, Maha Pemaaf, Maha Menerima taubat insani.
Semoga diri ini sentiasa tawaduk dalam mencari dan mengenal Tuhan.
Sunday, January 10, 2016
Jangan Pernah Hilang Kebergantungan Kepada ALLAH
Kita tak yakin sangat dengan usaha dan jawapan masa menjawab peperiksaan akhir.
Tetapi masih yakin dengan rezeki Allah.
Semua yang kita buat, Allah akan balas setimpal.
Belajar sikit, markah sikit.
Belajar banyak, markah banyak.
Itu hukum alam.
Tapi,
Jangan sekali hilang kebergantungan dengan Allah.
Kun Faya Kun, jadi kata Allah, maka jadi lah ia.
Tiada yang mustahil bagi Allah,
Belajar sikit, markah tinggi.
Belajar banyak, markah so-so,
Allah maha berkuasa, tiada benda yang di luar kuasa Allah.
Semua itu datang daripada Allah.
Jika Dia memberimu, mengujimu dengan kesusahan, bersabarlah.
Allah sentiasa bersama dengan mereka yang sabar.
Jika Dia memberimu, merahmatimu dengan kesenangan, bersyukurlah.
Allah sentiasa bersama dengan mereka yang bersyukur.
Bahkan Allah sentiasa bersama kita di setiap ketika.
Allah sentiasa mendengar isi hati, doa-doa yang kita titipkan kepada-Nya.
Tiada yang sia-sia di jalan Allah.
Kepada semua, ingat! Allah sentiasa bersama kita.
Jangan pernah hilang kebergantungan kita kepada Allah sebagai hambaNya.
Tuesday, January 5, 2016
NUKILAN TANPA PIGURA
| Cuma nukilan hati penulis |
Mereka yang bermuka-muka.
Depan manis, kata-katanya sangat menyenangkan hati,
Tapi kau tak tahu, dibelakangmu dialah yang sedang berusaha keras menjatuhkanmu,
Memperagakan pelbagai jenis muka untuk menutup daging busuk dalam tubuhnya; hati.
Hatinya sudah penuh dengan nilai-nilai celaka, busuk bernanah,
Tidak senang melihat kejayaan orang lain,
Tidak berlapang dada melihat orang lain lebih daripada dirinya,
Hidupnya hanya mahu menyusahkan orang lain, membawa musakat dalam hubungan yang namanya manusia.
Tetapi,
Mereka ini lah yang selama ini kau anggap teman,
Yang kau sangka akan bersama susah dan senang,
Yang akan sentiasa berpihak kepadamu, memenangkanmu dalam semua perkara,
Yang kononya mengembirakan dirimu setiap saat dan ketika?
Yang kau berikan nilai sangat luar biasa; SAHABAT
Apa kau tidak tahu, dalam diam dia sedang mengakupunturkan jarum jarum celaka dibelakangmu?
Berusaha membina laluan hitam untukmu?
Manusia seperti ini wujud di mana-mana,
Sifat songong mereka sangat hebat,
Tidak mampu dilihat dengan mata kasar,
Sangat halus, tertutup rapi, sukar melihat kecelakan mereka ini,
Waspadalah, mungkin golongan songong itu ada di sebelah kamu?
Mereka yang bermuka-muka.
Depan manis, kata-katanya sangat menyenangkan hati,
Tapi kau tak tahu, dibelakangmu dialah yang sedang berusaha keras menjatuhkanmu,
Memperagakan pelbagai jenis muka untuk menutup daging busuk dalam tubuhnya; hati.
Hatinya sudah penuh dengan nilai-nilai celaka, busuk bernanah,
Tidak senang melihat kejayaan orang lain,
Tidak berlapang dada melihat orang lain lebih daripada dirinya,
Hidupnya hanya mahu menyusahkan orang lain, membawa musakat dalam hubungan yang namanya manusia.
Tetapi,
Mereka ini lah yang selama ini kau anggap teman,
Yang kau sangka akan bersama susah dan senang,
Yang akan sentiasa berpihak kepadamu, memenangkanmu dalam semua perkara,
Yang kononya mengembirakan dirimu setiap saat dan ketika?
Yang kau berikan nilai sangat luar biasa; SAHABAT
Apa kau tidak tahu, dalam diam dia sedang mengakupunturkan jarum jarum celaka dibelakangmu?
Berusaha membina laluan hitam untukmu?
Manusia seperti ini wujud di mana-mana,
Sifat songong mereka sangat hebat,
Tidak mampu dilihat dengan mata kasar,
Sangat halus, tertutup rapi, sukar melihat kecelakan mereka ini,
Waspadalah, mungkin golongan songong itu ada di sebelah kamu?
Sunday, January 3, 2016
HIDAYAH ITU MILIK ALLAH

Dulu,
hidup seorang pemuda yang sangat jahat, telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan manusia, pemuda itu merasa sangat menyesal lalu dia mendatangi seorang yang alim dan menceritakan kisahnya yang sangat gelap dan penuh dengan darah itu. Lelaki tersebut hanya mendengar, usai lelaki(si pembunuh) tersebut bercerita, dia bertanya kepada si alim "Wahai si alim, aku sangat menyesal dan ingin bertaubat, pada pendapat mu adakah Allah akan mengampuni dosa-dosaku?" si alim dengan penuh marah berkata "suda tentu Allah tidak akan menerima taubatmu si pembunuh! kau telah membunuh sembilan puluh sembilan jiwa manusia, mana mungkin kamu mendapat tempat di sisi Allah". Maka si pembunuh pun membunuh lelaki tersebut, menjadikan bilangan jiwa yang telah dibunuh seratus orang.
Si pembunuh kembali berjalan, mencari golongan alim yang lain. Sampai di suatu tempat, dia berjumpa dengan seorang yang baik bahasanya, serta warak perwatakannya, si pembunuh pun mengajukan soalan yang sama kepada lelaki warak tersebut, lelaki warak tersebut berkata, "suda tentu dosa-dosa mu akan diampuni-Nya wahai si pembunuh, Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang, kasih sayangnya melebihi dari dosa-dosa yang telah engkau lakukan". Maka si pembunuh pun menangis meratapi keadaan yang dilaluinya dan segera bertaubat, si pembunuh nekad untuk berubah dan memutuskan untuk menjauhkan diri dari kawan-kawannya yang jahat, membawa diri untuk pindah ke perkampungan orang yang soleh untuk mencari keredahan Allah. Namun dalam perjalanan pulang, ajal telah menjemputnya, maka ditempatkanlah ia di tempat orang-orang yang beriman di sisi Allah.
Cara-cara bertaubat:
1. Menyesal atas dosa-dosa yang dilakukan.
2. Nekad untuk tidak mengulangi dosa yang pernah dilakukan.
3. Jika dosa yang dilakukan itu melibatkan manusia, memohon maaf (mengembalikan hak mereka).
Hidayah itu milik Allah,
Ia tidak datang bergolek,
hidayah perlu dicari,
Hidayah boleh datang dalam pelbagai bentuk,
Yang datang mengetuk pintu hati,
Mengetuk nurani.
Bernafaslah dalam jiwa hamba,
Hamba kepada tuhan yang esa,
Allah maha mengampuni dosa hambanya,
Yang leka bergelumang dengan dosa.
"Hai hamba-hambaKu yang melampau batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Az-Zumar: 53)
Friday, January 1, 2016
RINDU
Rindu.
Perasaan yang dimiliki oleh semua yang namanya manusia.
Rindu kepada sesama manusia.
Rindu kepada sang pencipta.
Biarkan mereka rindu. Bila ada depan sentiasa, mereka buat buta, sudah terang lagi bersuluh, mereka yang memilih untuk menutup mata.
Mungkin dalam kotak fikir mereka kau akan ada selamanya? Melayan setiap bait palat yang akan mereka titipkan beralas kata janji setia. MANUSIA.
Tuhan mencintaimu lebih dari yang lainnya.
Cinta yang luar biasa,
Cinta agung untuk hamba-Nya,
Cinta suci tanpa melihat abstrak kita,
Allah maha pengasih lagi maha penyayang kepada manusia.
Rindu, sangat rindu.
Mungkin sudah lama tidak menangis dalam sujud,
Mungkin sudah lama tidak melafazkan kalimah sakti,
Sebab itulah Allah keraskan hati, tarik nikmat bersyukur.
Kau lupa, lupa tempat kau sepatutnya bermunajat,
Kau menjadi hamba, hamba sorga yang sementara. DUNIA.
Subscribe to:
Comments (Atom)






