If i die, dont cry, look at the sky, and say goodbye.
Thursday, March 17, 2016
Little Thought of Me.
The thing is, ada seorang ni. Meninggal dunia, Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Even i dont know him, my timeline penuh dengan supportive tweet for him (ketika masih dalam keadaan kritikal), kesedihan, ramai yang berduka atas pemergian orang ni. my thought is,semasa dia ni hidup, mesti dia ni ramai kawan, peramah, baik, inspire others. Tiba tiba sebak rasa mahu menangis. Wonder, if my time come. Will i ever come cross to their mind? Takut. Kawan tak ramai. Banyak menyakitkan hati orang. Banyak buat salah. Banyak buat dosa. Takut aib dibuka oleh Allah swt. Not that kind of jelousy. Cumanya, hati rasa tersentuh baca tweet tweet tu. Well ofcourse mati itu pasti, tahu mati itu pasti pun sudah cukup menakutkan, tapi apa yang lebih menakutkan kita tidak tahu bila mati itu datang menjemput. Ketika kau berbuat baik kah? Atau ketika melakukan dosa? Ketika kau masih muda? Atau bila tiba hari tua? Adakah orang yang akan mengingati? Kebaikkan kita, ataupun keburukkan kita? Wonder what kind of words will come around. Maybe kejahatan semasa hidup yang akan terkeluar dari mulut orang. Takut! Semoga Allah melindungi/ menutup aib diri. Rasa telampau banyak melakukan dosa. Terfikir, macam mana cara kematian tu datang menjemput. Adakah orang orang yang selama ini ada di sekeliling akan terus memberi kekuatan? Mengingati? Memberi sedekah Al-Fatihah? Adakah anyone yang akan merindui my presence? Ya Allah, ketakutan yang amat luar biasa. Ada dalam hati. Tiada seorang pun yang tahu. Semoga Allah merahmati, melindungi dan mengampuni segala dosa. Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Sunday, March 13, 2016
Jendela Masa
Ada satu ketika,
Diri leka bersama perasan, satu demi satu memori manis datang menerjah kotak fikir. Mengimbas manis cinta yang dikongsi bersama.
Tiada ungkapan kata yang dilafazkan, tapi mereka tahu rasa itu ada.
Tiada bait indah yang diucapkan, tapi mereka tahu perasaan itu ada.
Sayang,
Andai jendela masa itu wujud, akan aku rentas untuk kembali ke masa lampau, di mana ketika itu aku masih punya kuasa untuk memilih.
Andai jendela masa itu wujud, akan aku putar semula ke masa lalu, melalui masa masa gembira dengan mu, akan aku putar detik itu berulang kali.
Masa masa yang tersisa bersama kamu merupakan masa masa bahagia buat aku. Detik adanya kamu ketika aku memerlukan bahu untuk berdiri. Detik adanya kamu ketika aku memerlukan cahaya dalam gelap.
Masa masa bersama kamu merupakan masa masa berharga bagi aku, mengenali kamu merupakan satu bentuk kebahagian, lebih dan kurangnya kamu, ketawa dan airmata kamu, itu adalah kebahagian buat aku.
Kebahagiaan yang selalu akan tersimpan dalam kotak hati.
Jendela waktu itu tidak wujud! Dan ia tidak akan pernah wujud. Memori itu akan aku abadikan dalam jiwa, menjadi penguat untuk aku terus melangkah, mengajar diri untuk menjadi gagah dan tabah.
Detik bersama kamu merupakan satu bentuk kebahagian yang indah!
Thursday, March 3, 2016
Aku soal, Aku jawab.
"Weh, kau sayang dia tak?"
"Gila tak sayang, mesti la sayang"
"Dah tu, kenapa boleh jadi macam ni?"
"Dia perempuan baik baik. Aku ni jahat, aku buat dia jadi jahat jugak. Aku taknak macam tu. Biarlah orang yang betul betul mampu, betul betul dapat bimbing dia yang selayaknya mendapatkan hati dia, cinta dia"
"Kenapa? Kau tak layak kah? Aku tengok kau baik je"
"Sebab Allah tak kasi kau lihat keburukkan aku, aib aku, kalau Allah kasi kau lihat segala cacat cela aku, nescaya kau pun tak akan berkawan dengan aku. Masa lampau aku gelap, tiada cahaya walau sekelumit pun"
"Tiada manusia yang tiada masa sisi gelap, everyone deserve a second chance!"
"Betul, tiada manusia yang tiada sisi gelap, tapi aku malu, malu dengan diri sendiri, malu dengan Allah. Biarlah dia bebas, aku tak mahu meletakan burung yang cantik di dalam sangkar, biarlah dia terbang. Terbang bebas mewarnai alam, tiada siapa yang patut memiliki dia, kecantikan ciptaan tuhan, ianya milik tuhan, kalau benar dia tertulis untuk aku, Dia tetap akan jadi milik aku. Ada sesuatu yang perlu kamu tahu; kalau dia memang bukan untuk aku, aku usaha mana sekalipun, berkorban apa sekali pun, dia tidak akan pernah menjadi millik aku, dan kalau dia adalah memang untuk aku, apa pun yang terjadi, halangan, aku lari, dia lari, dua hati ini pasti akan bertemu jua. Lebih baik aku lepaskan dia, biar Allah yang menjaga dan menentukan semuanya, perancangan Allah itu sentiasa tepat, sentiasa indah, tidak perlu disangkal"
"Aku akan sentiasa menyebut namanya di dalam doaku. Aku ceritakan segalanya kepada Dia. Segala kesedihan aku kongsi dengan Dia. Dia maha pendegar doa doa hambaNya"
"Boleh ke kau lupakan, teruskan hidup?"
"Mahu atau tidak, aku terpaksa belajar, terpaksa menelan pahitnya. Kena belajar ikhlaskan diri. Tidak semua yang baik baik itu bermula dengan baik, bermula dengan manis. Kadang kadang, keterpaksaan itu perlu ada, kerana dari keterpaksaan itu lah, kalau kita fahami dengan teliti, ikhlasnya lebih hebat. Kadang kadang dari keterpaksaan itu lah satu perasaan yang sangat manis timbul, sebab apa? Sebab dalam tempoh keterpaksaan itu, kau belajar untuk bersabar, kau belajar untuk mengikhlaskan diri, mengenal diri kau sendiri, mengenal tuhan, sesuatu yang kita lakukan dengan fahaman yang mendalam, tersiratnya lebih banyak, tawakalnya lebih hebat, istiqamahnya lebih ikhlas."
"Aku, sedang belajar menjaga hubunganku dengan Allah, kerana bila kita menjaga hubungan kita dengan Allah, In Sha Allah, Allah akan menjaga hubungan kita dengan yang lainya. Aku tidak mahu hilang kebergantungan kepda Allah. Aku tidak tahu apa yang akan aku lalui, apa yang bakal aku tempuhi, apa yang akan terjadi selepas ini, sebab itu aku meletakkan sepenuhnya kebergantunganku kepada Dia. Semoga Allah menjaga dia, memberikan yang terbaik untuk dia. Jaga hati dia agar dia tidak melupakan Penciptanya, sentiasa istiqamah dan di bawah lindungan rahmatnya"
Subscribe to:
Comments (Atom)