Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Assalamualaikum WBT.
Post kali ni lain daripada post yang lain. Hari ni saya mahu menceritakan tentang seorang uncle, yang saya jumpa di terminal bas (18.01.2016) -11.30 tengahari-
Nama uncle tersebut saya tak ingat. Tapi dia lahir pada tahun merdeka. Ya, 1957. Berbangsa cina.
Ketika saya sampai di terminal bas, melepaskan lelah, membakar sebatang rokok, uncle tu tiba tiba datang ke tempat saya dan meminta sebatang rokok. Sangap mungkin. Berpakaian lusuh. Saya pun bagi lah sebatang, uncle ni merokok sebelah saya.
Sedang asyik menikmati rokok, maka dia mula bercerita.
Katanya, dia berasal dari Pulau Pinang, dia menghulurkan IC untuk saya lihat, saya lupa namanya kerana agak sukar untuk mengingati nama cinanya. Datang dari Georgetown.
Uncle tu sangat peramah, dia tanya saya dari mana, saya pun bagitahulah, dari Sabah, study dekat Johor. Uncle tu pun kata "orang Sabah memang peramah, baik-baik". Yeayyy! 😬😬
Uncle tu pun sambung cerita, dia dah sepuluh hari berada di Bandaraya Kuala Lumpur, dia datang ke KL dan menumpang sewa di satu tempat yang katanya tempat 'backpackers' menyewa. Rm25 satu malam. Dia menyewa selama seminggu, (seminggu sahaja okey) lepas seminggu dia tumpangkan barang dia dekat loker somewhere mana saya kurang pasti (tidak ingat). Dan dia sudah dua hari tidur dekat terminal bas ni. (Terminal bersepadu selatan). Sambil menyeluk sakunya dan mengeluarkan berus gigi&ubat gigi dalam plastik kecil dan sabun mandi berbalut tisu sahaja.
Katanya, tiada seorang pun yang ingin mengmbilnya kerja. Sudah seminggu lebih berusaha namun tidak mendapat. Dia tidak diterima kerana faktor umurnya.
Tapi, siapa lagi yang boleh mencari nafkah untuk keluarganya? (Mempunyai seorang isteri yang sakit dekat Pulau Pinang(kurang pasti sakit apa) dan tiga orang anak, yang sulungnya baru berumur 15 tahun).
Uncle tu sambung lagi, dia datang ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki lebih lebih lagi Tahun Baru Cina sudah hampir, banyak kos yang diperlukan, uncle tu kata dia taknak family dia susah, sedih, sebab tu dia usaha untuk mencari kerja, mungkin untuk mengembirakan familinya Tahun Baru Cina ini, firasat.
Uncle tu sambung lagi, dulu dia berkerja sebagai mekanik, suda lebih 40tahun berkecimpung dalam dunia mekanik. Uncle tu juga memberitahu saya berapa amaun yang ada dalam simpananya dulu (dirahsiakan) sebelum dia kemalangan. Ya, dia kemalangan, perlu menjalani pembedahan dan semestinya memakan kos yang banyak. Termasuk kos untuk sakit isterinya. Uncle tu kata, dia memang sangat perlukan kerja sekarang. Untuk mencari duit, untuk keluarganya.
Uncle tu mengeluarkan dompetnya dan menunjukkanya kepada saya. Ya Allah!! Ya Rabb!! Rabak mata, rabak hati, uncle tu hanya ada rm3 sahaja dalam dompetnya. RM3 SAHAJA. Sakitnya hati Ya Allah, sakit sebab tidak mampu untuk menolong, sakit sebab tidak mampu buat apa apa. Saya pada masa tu pun tidak mempunyai duit yang banyak. Bagaimana dia nak makan? Meneruskan kelangsungan hidup di Kota Kuala Lumpur ni dengan Rm3 sahaja?? Hati dah sebak ni.
Uncle tu sambung lagi, setiap hari dia berdoa, "tuhan tolong la saya, bantu lah saya dan keluarga saya" ayat tu dia ulang tiga kali. Uncle tu menangis. Sumpah! Rabak hati tengok. Uncle tu cerita, dulu ketika dia masih kerja, dia selalu bantu orang orang susah di taman perumahanya(Pulau Pinang). Setiap kali tibanya Tahun Baru Cina, beratus orang susah akan dia tolong dekat perumahan tu. Dia akan bagi baju baru, beras, angpau dan sebagainya. Setiap tahun.
Hati fragile sangat tidak tahan, untuk membendung airmata, saya minta diri untuk jalan dulu(saya tengah mengejar flight balik ke Sabah).
Saya mintak maaf kepada uncle tersebut, tapi saya sudah berjanji untuk tolong apa-apa yang patut, saya tiada wang ataupun kenalan orang orang besar untuk mendapatkan bantuan untuk uncle ni, saya hanya ada media sosial, untuk menyebarkan cerita mengenai uncle ni. Ya saya sudah berjanji. Semoga dengan usaha ni, ada mereka yang terbaca dan mampu menolong uncle ni. Share this story! Spread the love! Dont stop the positive vibe. The power of media.
Sebelum saya jalan, saya mintak maaf dengan uncle tu, dia peluk saya, dan cakap, tidak mengapa. Tuhan saya ada. Dia akan bantu saya. Saya pun berlalu pergi, membeli tiket transit KLIA2, rm38.60. Saya hulur rm50(satu satunya keping not yang ada pada tangan ketika itu), berbaki rm 11.40, saya teringat uncle tu, dalam hati "biarlah tak makan hari ni, dekat Sabah nanti boleh makan puas puas". Saya tinggalkan bagasi, minta tolong akak yang jaga kounter tu tolong jaga sekejap. Saya berlari naik tangga, untuk bagi baki wang tu, walaupun sedikit, itu sahaja yang termampu.
Tapi sayang, hasrat tidak kesampaian, uncle tu dah hilang!! Saya cuba mencari tetapi tidak berjaya, disebabkan mengejar flight, saya terpaksa batalkan niat untuk menyambung mencari uncle ni. Maaf uncle!!! 😢😢
Saya sudah berjanji untuk tolong uncle apa yang boleh. Semoga orang lain juga akan bantu saya untuk menyebarkan cerita ni dan menolong uncle! God bless you!!
Saya lupa nak tangkap gambar IC uncle tersebut. Yang saya ada untuk menghubungi uncle tersebut hanyalah nombor fon uncle tersebut.
Semoga ada orang yang sudi menolong uncle, semoga Allah menolong uncle.
*kesahsihan cerita ini saya tidak dapat pastikan, manusia, tapi saya yakin uncle ni jujur.
**cerita mungkin berlainan sedikit sebab diolah oleh saya sendiri.
***tiada penambahan fakta, mungkin kesilapan kecil yang saya terlepas pandang, tidak ingat.