Thursday, March 3, 2016

Aku soal, Aku jawab.

"Weh, kau sayang dia tak?"
"Gila tak sayang, mesti la sayang"
"Dah tu, kenapa boleh jadi macam ni?"
"Dia perempuan baik baik. Aku ni jahat, aku buat dia jadi jahat jugak. Aku taknak macam tu. Biarlah orang yang betul betul mampu, betul betul dapat bimbing dia yang selayaknya mendapatkan hati dia, cinta dia"
"Kenapa? Kau tak layak kah? Aku tengok kau baik je"
"Sebab Allah tak kasi kau lihat keburukkan aku, aib aku, kalau Allah kasi kau lihat segala cacat cela aku, nescaya kau pun tak akan berkawan dengan aku. Masa lampau aku gelap, tiada cahaya walau sekelumit pun"
"Tiada manusia yang tiada masa sisi gelap, everyone deserve a second chance!"
"Betul, tiada manusia yang tiada sisi gelap, tapi aku malu, malu dengan diri sendiri, malu dengan Allah. Biarlah dia bebas, aku tak mahu meletakan burung yang cantik di dalam sangkar, biarlah dia terbang. Terbang bebas mewarnai alam, tiada siapa yang patut memiliki dia, kecantikan ciptaan tuhan, ianya milik tuhan, kalau benar dia tertulis untuk aku, Dia tetap akan jadi milik aku. Ada sesuatu yang perlu kamu tahu; kalau dia memang bukan untuk aku, aku usaha mana sekalipun, berkorban apa sekali pun, dia tidak akan pernah menjadi millik aku, dan kalau dia adalah memang untuk aku, apa pun yang terjadi, halangan, aku lari, dia lari, dua hati ini pasti akan bertemu jua. Lebih baik aku lepaskan dia, biar Allah yang menjaga dan menentukan semuanya, perancangan Allah itu sentiasa tepat, sentiasa indah, tidak perlu disangkal"
"Aku akan sentiasa menyebut namanya di dalam doaku. Aku ceritakan segalanya kepada Dia. Segala kesedihan aku kongsi dengan Dia. Dia maha pendegar  doa doa hambaNya"
"Boleh ke kau lupakan, teruskan hidup?"
"Mahu atau tidak, aku terpaksa belajar, terpaksa menelan pahitnya. Kena belajar ikhlaskan diri. Tidak semua yang baik baik itu bermula dengan baik, bermula dengan manis. Kadang kadang, keterpaksaan itu perlu ada, kerana dari keterpaksaan itu lah, kalau kita fahami dengan teliti, ikhlasnya lebih hebat. Kadang kadang dari keterpaksaan itu lah satu perasaan yang sangat manis timbul, sebab apa? Sebab dalam tempoh keterpaksaan itu, kau belajar untuk bersabar, kau belajar untuk mengikhlaskan diri, mengenal diri kau sendiri, mengenal tuhan, sesuatu yang kita lakukan dengan fahaman yang mendalam, tersiratnya lebih banyak, tawakalnya lebih hebat, istiqamahnya lebih ikhlas."
"Aku, sedang belajar menjaga hubunganku dengan Allah, kerana bila kita menjaga hubungan kita dengan Allah, In Sha Allah, Allah akan menjaga hubungan kita dengan yang lainya. Aku tidak mahu hilang kebergantungan kepda Allah. Aku tidak tahu apa yang akan aku lalui, apa yang bakal aku tempuhi, apa yang akan terjadi selepas ini, sebab itu aku meletakkan sepenuhnya kebergantunganku kepada Dia. Semoga Allah menjaga dia, memberikan yang terbaik untuk dia. Jaga hati dia agar dia tidak melupakan Penciptanya, sentiasa istiqamah dan di bawah lindungan rahmatnya"

No comments:

Post a Comment