Takut dengan sesuatu.
Takut kepada yang tidak pasti.
Takut kepada masa yang akan datang.
Manusia..
Tidak takut akan gelap, tetapi takut apa adanya dalam gelap itu.
Takut akan kehilangan..
Takut akan penerimaan..
penerimaan tuhan kepada manusia.
Penerimaan manusia kepada manusia.
Kenyataan yang datangnya dari manusia.
Mencantas segala kuat dan usaha.
Bila mana 'tidak' itu dilafazkan.
Maka tamatlah cerita, habislah kisah.
Bila mana segala usaha telah diberi,
Segala cinta telah ditaburi,
Apabila 'tidak' datang menghampiri,
Hilang nafas menunggu mati.
Aku..
Takut akan kehilangan,
Takut akan sesuatu yang tidak pasti,
Takut untuk memberi,
Tingginya sebuah harapan.
Sedang mata-mata yang memerhati,
Cuba mematahkan dari segala segi,
Bagaimana harus aku lalui?
Seorang kerdil di hadapan puteri.
Ceritanya, apabila kita telah melakukan yang terbaik, memberikan segala yang termampu, mungkin tidak mencukupi, tapi itu adalah segalanya yang kita miliki. Bila mana usaha itu tidak memberi erti, masa yang dikongsi bersama sepertinya tiada apa apa, hanya datang sekadar menyentuh pintu hati, tanpa berniat untuk terus mewarnai. Bagaimana harus kita melalui hari hari yang akan tiba nanti? Hidup tanpa tujuan, kerana kita telah meletakkan mereka sebagai tujuan. Tetapi tujuan itu tidak kesampaian? Janji tidak bermakna lagi, sumpah sudah tidak bererti, di mana harus aku mencari kekuatan untuk terus berlari? Semoga tuhan terus merahmati. Memberi kekuatan kepada hati. Sumpah, kau ingin aku miliki.
No comments:
Post a Comment