Thursday, February 18, 2016

Siapa kamu untuk menghukum?

Tidak semua orang itu dilahirkan berkemampuan. Bahkan ada yang dilahirkan di jalanan, kotak, tandas dan sebagainya. Maka wujud lah golongan yang kamu anggap kotor, tidak bersih, tidak sah dan sebagainya. Cuma kerana kesalahan orang lain, membuatkan mereka wujud di dunia ini.Siapa kamu untuk menghukum?

Kerana kurang kasih sayang dan bimbingan, mereka ini hidup di laluan yang salah, terpesong, gelap dan gelita tanpa cahaya, kamu salahkan mereka, kenapa tidak memberi bimbingan? Memberi kasih? berkongsi sayang? Anak kotor! anak jalanan! Siapa kamu untuk menghukum?

Dosa itu tidak diwarisi, ia adalah hak milik peribadi, walau jahat mana sekalipun yang membawa golongan ini ke dunia, dosa dan kejahatan itu tidak diturunkan kepada si anak. Mereka dilahirkan suci dari segala noda, bersih dari segala dosa, kenapa perlu menunding jari mengatakan mereka kotor? keturunan malapetaka? Siapa kamu untuk menghukum?

Kau manusia, dia manusia, hamba tuhan, mencari keredahan-Nya, sampai masa, kembali ke tanah, apa bezanya kau dengan mereka? berkongsi tuhan berkongsi kepercayaan, Kenapa tidak berkongsi kasih? kenapa tidak berkongsi rasa? Kenapa perlu membongkak diri? Adakah kau merasa cukup hebat dibandingkan dengan mereka? Bukankah kau yang sepatutnya membela nasib mereka? Memperjuangkan hak mereka? Kau mengatakan mereka kotor dengan kekotoran hati kamu, dan angkuh mengkui kau sangat baik? Siapa kamu untuk menghukum?

Kamu tidak pernah merasa penat lelahnya menjalani kehidupan mereka, mengemis kasih mengemis sayang, untuk meneruskan kelangsungan hidup, mana simpati? Haiwan yang hidup di jasad manusia! Hati busuk! tokak bernanah! Siapa kamu untuk menghukum?

No comments:

Post a Comment